Sunday, October 31, 2010

Jurnal Refleksi : Minggu 14

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Setelah 14 minggu mengikuti kursus muzik tradisional malaysia,saya dapat membuat kesimpulan bahawa kuliah ini banyak membantu kami dalam mengenal dan mempelajari tentang muzik-muzik tradisional yang ada di Malaysia dengan lebih mendalam lagi.

Terdapat beberapa faktor yang dapat membantu dan menarik minat pelajar-pelajar untuk mempelajari sesuatu kursus. Faktor utamanya ialah pensyarah itu sendiri. En Amran Aris telah berjaya menyampaikan kuliahnya dengan berkesan disamping membantu para pelajar bagi menyelesaikan tugasan kajian lapangan.

Penggunaan blog dalam kuliah ini dilihat sedikit sebanyak membantu para pelajar dalam menulis refleksi dan berbincang sesama mereka. Walaupun penulisan blog dilihat menyukarkan pelajar tetapi ianya perlu bagi memperkenalkan teknologi kepada para pelajar.

Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan cara dan kaedah yang en amran gunakan. Diharap cara dan kaedah seperti ini dapat diteruskan untuk pelajar-pelajar yang akan datang.
Teruskan Membaca...

Sunday, October 3, 2010

Minggu 10 : Jurnal Refleksi

Assalamuaikum..

Pada minggu ke 10 ini sampailah giliran kumpulan kami untuk membuat persembahan. Tajuk pembentangan kami ialah muzik orang asli. Sebelum kumpulan kami membuat persembahan,kumpulan yang mendapat tajuk muzik klasikal india terlebih dahulu membuat persembahan.

Muzik Klasikal India

Muzik klasikal India yang terdapat di Malaysia adalah salah satu tajuk yang menarik untuk dikupas. Pada pendapat saya,bahan untuk mendapatkan maklumat tentang muzik india yang terdapat di Malaysia ini terlalu kurang. Mungkin kerana belum ada lagi yang berminat untuk membuat kajian mengenai muzik tersebut di Malaysia. Kumpulan ini telah membuat kajian lapangan di batu caves. Alat-alat muzik india yang popular seperti sitar.mridangan dan tabla. Alat-alat muzik yang lain seperti sarangi,tadod,rabab,shenai dan lain-lain adalah sangat kurang diperlihatkan dan kurang popular. Muzik India di Malaysia haruslah diketengahkan lagi supaya masyarakat Malaysia tahu akan kewujudan muzik ini di Malaysia.

Muzik Orang Asli

Kami telah melakukan kajian lapangan mengenai orang asli di muzium orang asli di Gombak. Kami telah mendapat rumusan tentang muzik orang asli ini. Di muzium tersebut lebih menumpukan kepada adat-adat dan cara kehidupan orang asli sahaja. Mengenai muzik orang asli pula,maklumat mengenainya adalah sangat kurang. Banyak alat-alat muzik orang asli yang terdapat di muzium itu tidak ada maklumat yang terperinci mengenai alat muzik,cara permainan dan bila ia dimainkan.









Sewang adalah sejenis tarian orang asli yang diiringi alat muzik centung dan muzik vokal. Ia digunakan untuk mengubati pesakit. Pada masa kini sewing tidak lagi digunakan untuk mengubati pesakit,ia sekadar dijadikan sebagai tarian untuk mempromosikan pelancongan.

Teruskan Membaca...

Sunday, September 26, 2010

Minggu 9 : Jurnal Refleksi

Pada minggu ke 9 ini, tajuk yang dibentangkan ialah Ghazal, Opera Cina dan Poh Te hi.

Ghazal berasal daripada timur tengah. Ghazal terbagahi kepda dua iaitu ghazal pathi dan ghazal johor. Ghazal pathi banyak dimainkan disebelah utara manakala bagi ghazal jojor pula dimainkan dibahagian selatan. Kumpulan ini menyampaikan persembahan mereka dengan baik dan lancar walaupun terdapat beberapa percanggahan fakta.









Kumpulan kedua yang membuat persembahan ialah kumpulan yang membentangkan tajuk opera cina dan Po Te Hi. Kami dapat gambaran sedikit mengenai apa itu opera cina dan po te hi. Walaupun mereka tidak mengupas tentang opera cina dan poh te hi yang berada di Malaysia,namun sedikit ilmu tentang muzik ini tetap kami perolehi seperti po te hi adalah persembahan patung boneka yang diiringi muzik.

Kedua-dua kumpulan ini diberi peluang oleh pensyarah untuk memperbaiki bahan mereka untuk dibentangkan di lain kali.

Teruskan Membaca...

Tuesday, September 7, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi

MENORA

Assalamualaikum dan salam lebaran..

Kuliah pada minggu ke 8 membincangkan sebuah lagu muzik tradisional muzik yang dikategorikan sebagai muzik dramatari iaitu menora.

Menora dikategorikan sebagai muzik drama tari. Persembahan menora meliputi mendatari, pembaca puisi, pemimpin kumpulan/pelakon/ penari persembahan itu. Dipetik dari kitab-kitab Mahabrata. Menora mempunyai 12 buah cerita asal, tetapi ada 7 buah cerita asal yang sudah diubahsuai. Menora juga digunakan untuk tujuan perubatan, contohnya (menyepit mata pedang yang telah dicelup dengan air mawar dengan ibu jari kaki Pak Sithong.










Gambar 1 : Menora (sumber gambar dari weblog menora)

Menora mempunyai unsur-unsur animism, contohnya menyediakan makanan untuk makhluk halus. Menora mempunyai unsur jenaka. Menora berasal drai Songkla,Thailand. Menora begitu popular di wilayah-wilayah selatan Thailand. Menurut Su Choon, menorah berasal dari kerajaan Legor (Selatan Siam & Utara Tanah Melayu0, ianya wujud sejak Tamadun masihi 400. Kerajaan Legor hilang setelah orang-orang utara menguasainya pada tahun 1250.

Menurut Hj.Mohamed Tharuwat b. Hj. Ismail Bakti seorang aktivis menorah. Beliau mengatakan menorah berasal dari Narathiwat. Menora di Thailand berbeza dengan Kelantan. Asal menorah adalah berdasarkan cerita Puteri sri Mala. 12 buah kisah itu dientripretasikan oleh Putera Thep (anak Puteri Sri Mala) . Di tumpat dan bachok Kelantan menorah wujud sebelum kedatangan agama islam. Ianya dimainkan mengikut cara Buddha di istana (mempunyai mentera). Setelah kedatangan agama islam, menorah tidak lagi dimainkan di istana kerana mempunyai unsur lucah. Banyak dimainkan di kuil sebagai upacara keagamaan.

Didalam persembahan Menora, terdapat beberapa watak. Bagi lelaki ada 3 watak utama iaitu watak perwira, srikandi, Tok perang (pelawak).Bagi watak perempuan dilakunkan oleh lelaki berambut panjang. Kini watak perempuan dilakonkan oleh perempuan, di Thailand, tarian dilakukan oleh wanita sahaja. Di Kelantan, masih lagi lelaki dan perempuan. Menurut Encik Tharawat, dalam permainan Menora harus mempunyai Pak sitong, Inang (dayang), Perang (pengasuh dalam istana dan memakai topeng)

Bagi pakaian untuk pelakon lelaki ia perlu memakai baju lengan pendek dan berseluar panjang yang berwarna-warni. Dikepala ada mahkota tinggi yang disebut kecopong atau CHA DA. Berskaf merah, memakai tali pinggang yang dipanggil KHEM-KHAT. Berselendangkan kain yang mempunyai corak-corak. Selendang itu digantung pada bahu kanan dan melalui punggung kiri dan pada bahu kiri melalui punggung kanan dan disebuat SANG WAN. Kain kuning dan hijau yang digantung dibahagian depan disebut panung dimana hujungnya menyentuhi lutut disebut HOI KHANG. Sehelai kain bercorak yang digantung pada pinggang dibahagian hadapan disebut HOI NA. Bersarung kaki. Sepasang sayap bercorak yang diikat pada rusuk pinggang menghala ke belakang disebut pa Sebai ( IN-THA-NU), rantai pada dadanya dipanggail THAP SUANG. Bersarung kuku yang panjang melenting disebut Canggai.

Bagi pelakon perempuan, pakaian hamper sama dengan lelaki tetapi tidak memakai kecopong. Watak peran bertopeng dan berselendang dipanggil “phakona” dan topeng berwatak jenaka. Bagi ahli muzik pula, pakaian mereka bebas.

Perbezaan kecopong melayu dan siam adalah kecopong melayu, menaranya berbentuk bulat, mempunyai telinga dan mempunyai subang. Kecopong siam tidak mempunayi pom pom,bertingkat-tingkat dan tajam macam pucuk rebung.

Adat buka panggung pula, sebuah panggung khas berbumbung mesti didirikan di atas tanah, terdapat bahan yang perlu disediakan sebelum buka panggung seperti colok, pulut kuning, darah, beras, sirih dan lain-lain lagi. Pengeras yang perlu dibayar ialah RM2.25 tetapi ianya bergantung kepada pemain. Pantang larangnya seperti topeng, kecopong dan lain-lain alatan perlu disimpan ditempat yang tertentu kerana dikhuatiri “spirit” akan menggangu pada persembahan seterusnya.

Persembahan menorah dilakukan pada waktu malam (8.00 – ke subuh) bergantung kepada kepanjangan cerita yang hendak disampaikan. Pemimpin menorah perlu menngunakan lilin yang diletakkan didalam piring bersama dengan sirih dan pinang. Ketua akan membacakan mentera dan menyembah mahkota (CHA-DA) untk mengelakkan daripada gangguan. Setelah selesai ketua membuat persembahan lagu pembukaan dimainkan.

Antara alat muzik yang digunakan didalam persembahan menorah adalah seperti 1 geduk (alat membranofon), 1 canang (sepasang)(alat idiofon), 1pinai (alat aerofon), 2 Gedombak (alat mebranofon), 1 cerek (alat idiofon), I kesi (alat idiofon). Tarian dan lagu yang ada dalam persembahan menora ialah Gerak Theng Khe, Tari Tikam Buaya, Tarian Klong Hong (tangkap Geruda), Tarian Kreng Ton, 12 Gerak tari asal seperti Gerak Tari Burung Kinaree, Gerak Tari Masuk, Tarian Penjuru Besar (Jalan Angsa), Tarian Penjuru Kecil (Gerak Tari Gajah) dan Gerak Tari Labah-labah..

Teruskan Membaca...

Saturday, August 28, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi

Pada minggu ke 7 ini pembentangan bagi setiap kumpulan telah pun bermula. Pembentangan pada minggu ini bertajuk Sejarah Muzik Tradisional di Malaysia dan Zikir.

Sejarah Muzik Tradisional Malaysia









Sejarah muzik tradisional di Malaysia bermula sejak dari pergerakan manusia dari benua asia ke kepulauan pasifik (melayu proto dan melayu deutro) 3000 SM. Alat muzik yang pertama ditemui ialah alat tiup seruling yang digunakan oleh orang-orang primitive Homo Saphiens, dihasilkan dengan tulang binatang. Ianya berkembang di lembah Mesapotamia dan digunakan didalam upacara keagamaan.

Di mesir, alat muzik tiupan (serunai) yang telah sempurna dari segi pembuatannya digunakan untuk menghiburkan raja-raja. Di India (Murli-Double Clarinet)bellow dibuat dari sejenis labu. Sinkretik terhadapa alat muzik serunai ialah ia menggunakan pipit dua lapis dan terdapat di seluruh dunia.

Pengaruh dari India, China dan timur tengah datangnya daripada kegiatan perdagangan yang bermula sejak abad pertama masihi. Pengaruh india bermula sejak abad ke 2 lagi, pedagang India mula berlumba-lumba keluar mencari pulau, semenanjung, bumi emas apabila bekalan emas dari empayar rom terhenti. Proses pengindiaan yang dijalankan buaknnya dijalankan oleh pihak india sahaja tetapi juga oleh orang Asia Tenggara. Ciri tamadun yang dibawa balik adalah kepercayaan, bahasa, huruf india, kesenian, pentadbian dan kesusasteraan.

Tanah melayu dijadikan tempat persinggahan bagi pedagang dari China kerana kekacauan di bahagian Asia Tengah. Tanah melayu merupakan tempat yang strategic bagi menghubungkan China dan Barat.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula sejak abad ke 7 masihi. Kegiatan sebelum kedatangan Islam adalah kesenian berasaskan unsure Hindu-Animisme contohnya jampi serapah sebelum memulakan persembahan. Islam memasukkan unsure-unsur Islam dalam persembahan,contohnya ayat-ayat suci sebelum memulakan persembahan. Memperkenalkan tarian zapin dan beberapa bentuk nyanyian yang memuji Allah, nabi dan para sahabatnya contohnya Hadrah, Rodat, dabus dan dikir rebana. Alat muzik pula ialah Nekara, marua, gedombak, kompang dan rebana.

Antara alat muzik yang dibawa oleh pedagang China, India dan Arab adalah dari keluarga kordofon seperti rebab, gambus, sitar. Manakala aerofon pula ialah serunai, dan seruling. Alat muzik membranofon pula ialah kompang dan alat muzik idiofon pula ialah gong.

Seni persembahan yang dibawa dari luar adalah seperti wayang kulit dari Indonesia,hadrah,ghazal dan darbus dari arab, nobat yang dibawa masuk dari pasai dan bangsawan dari india.

Pada kurun ke 14, tanah melayu dijajah oleh portugis, belanda dan inggeris. Kesan daripada penjajahan ini, banyak seni persembahan yang dibawa masuk seperti portugis membawa masuk tarian, biola,gitar dan clavichord. Belanda pula membawa masuk alat muzik seperti mandolin, banjo dan gittern. Pedagang eropah pula datang pada 1786 dan mula bertapak di Pulau Pinang dan membawa masuk alat-alat muzik moden sperti piano, trompet, seksafon dan lain-lain lagi.

Dari sudut dunia melayu lama pula, tanah melayu bukan sahaja dipengaruhi oleh hindu dan isalm bahkandipengaruhi juga oleh Negara-negara disekitarnya seperti Indonesi dan Thailand.

Zikir

Sebelum sesi pembentangan dimulakan, kami dihidangkan dengan video-video tentang zikir yang ada selain daripada Malaysia. Zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t. bilamana dan dimana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.

Zikir terbahagi kepada dua iaitu zikir qalbi-zikir yang dilakukan untuk mengingati Allah didalam hati dan zikir lisani-zikir yang dilakukan untuk mengingati Allah dengan lidah. Sejarah zikir di tanah melayu bermula seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu iaitu sekitar abad ke 7 masihi. Zikir dijadikan amalan dan panduan hidup umat islam. Kini, zikir digunakan dalam acara-acara tertentu seperti dalam majlis tahlil, majlis khatam quran dan majlis rasmi yang lain.

Zikir mempunyai perbezaan dengan selawat dan berzanji. Zikir merupakan kata yang mengagungkan Allah S.W.T., berzanji merupakan syair yang dideklemasikan untuk Nabi Muhammad S.A.W.,syair tersebut berbentuk puji-pujian. Selawat merupakan puji-pujian ke atas nabi dan rasul dan tidak terhad kepada Rasulullah sahaja.









Zikir merupakan muzik vokal yang melibatkan aspek kehidupan masyarakat daripada proses kelahiran anak sehingga proses pengebumian.

Teruskan Membaca...

Saturday, August 21, 2010

Minggu 6 : Jurnal Refleksi


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada Minggu ke enam ini topik yang dibincangkan adalah berkenaan dengan makyung dan kompang. Sebelum kuliah dimulakan, encik amran memainkan video yang menayangkan persembahan mak yung, menora dan mek mulung.

MAK YUNG

Mak yung adalah dikategorikan didalam bentuk seni lakon sama seperti menorah, mek mulung dan jikey. Bentuk seni lakonnya sangat kuno iaitu berkenaan dengan cerita-cerita lagenda dan mitos. Ianya mempunyai asas yang sama tetapi dibentuk melalui identity dan keperluan dramatik yang berbeza. Mak yong menggunakan pelakon manusia, tidak seperti wayang kulit yang menggunakan boneka. Mak Yong mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental. Mak Yong mengisahkan penceritaan.

Mak Yung Berasal dari Patani (Kerajaan Melayu Lama : Hikayat Patani), ianya tersebar luas di semenanjung Malaysia, Medan dan kepulauan Lingga di Indonesia. Selepas 200 tahun ianya dipindah ke Kelantan dan terus dibawa ke kedah semasa naungan Sultan Mohamad ke IV. Di kampung Temenggung di Kota Bahru, Tengku Temenggung Ghaffar bertanggungjawab untuk sistem latihan, muzik dan kostum diperhalusi secara sistematik. Mak Yong bertukar dari tradisi istana ke Tradisi rakyat (Folk Theater).

Mak Yung dipersembahkan untuk tujuan ritual. Ianya dipersembahkan melalui Main Puteri untuk tujuan penyembuhan penyakit. Ianya jua digunakan untuk persembahan sembah guru. Aras panggung bagi Mak Yung ini sama dengan aras tanah. Mak Yung juga digunakan untuk tujuan persembahan dimana persembahannya beratap dan ruang berlakon di tengah-tengah panggung. Pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai.

Cerita asal Mak Yung bertajuk Dewa Muda,ianya adalah cerita rakyat. Terdapat kira-kira 11 buah cerita dan 30 buah lagu repertoire. Ceritanya disampaikan melalui dialog, nyanyian, tarian dan diiringi vokal dan instrumentasi. Persembahan Mak Yung mempunyai watak-wataknya tersendiri seperti Pakyung dan Pakyung Muda (watak Utama), Makyung dan Puteri Makyung (Raja Perempuan), Peran Tua dan Peran Muda (Pengasuh) dan Tok Wali (ahli nujum dan tukang). Pada Abad ke 20, peranan utama teater Makyung ini dipegang oleh wanita.

Makyung mempunyai lagu-lagunya yang tersendiri seperti menghadap rebab, lagu menghadap rebab ini merupakan lagu terpanjang, mengiringi nyanyian dan tarian Pak Yung. Ianya symbol penghormatan terhadap rebab. Lagu ini menunjukkan semangat Makyung. Lagu Kijang Mas pula dimainkan selepas lagu Menghadap Rebab,ianya dinyanyikan oleh kumpulan Korus dalam keadaan gembira. Lagu ini dinyanyikan Pakyung dan Makyung untuk menceritakan sesuatu pada korus. Lagu ketiga pula ialah lagu Sindung, lagu ini dinyanyikan Pakyung apabila ingin memberikan arahan kepada peran.

Persembahan Makyung mempunyai modenya yang tersendiri seperti lagu menghadapa Rebab, dimana semua pelakon member hormat kepada alat muzik rebab. Lagu Ela menyampaikan cerita dan berita. Mengulit Raja nak Tidur,membangkitkan perasaan halus. Jembar atau mengambuk pula membangkitkan perasaan sedih. Timang welu atau Kijang Emas digunakan untuk pergerakan ketika berjalan. Sedayung Pakyung ialah lagu untuk kuasa luar biasa yang bersifat sakti (mengubah atau menjelma rupa). Sang atau penyudah digunak untuk menyudahi sesuatu persembahan.





Gambar 1 : Persembahan Makyung

Alat muzik didalam persembahan makyung ialah sepasang gendang, tetawak (gong) dan sebuah rebab 3 tali. Tambahan alat-alat lain pula ialah serunai, geduk dan canai. Rebab digunakan untuk memainkan melodi utama ia dikelaskan dalam kategori kordofon, berbadan kayu berbentuk segitiga. Muka badan menggunakan kulit perut lembu. Bonggol kecil dipanggil SUSU dan diperbuat daripada lilin lebah berfungsi untuk meredam bunyi.







Gambar 2 : Rebab

Bentuk dan struktur lagu-lagu makyung ditentukan dalam sistem gongan (pusingan iaitu jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic gong). Ianya dikawal oleh tetawak. Gendang menggunakan 4 timbre iaitu pak,duh, cak dan ting. Ianya menggunakan gaya meningkah (interlocking) dan hamper kesemua lagu makyung bertempo agak perlahan.

Video 1 : Makyung

KOMPANG













Gambar 3 : Kompang

Seterusnya encik amran memainkan video berkenaan dengan kompang. Ada tiga video berkenaan dengan kompang ditayangkan. Yang pertama kompang formasi, kompang zikir dan kompang hadrah.

Kompang berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat (Timur Tengah),dikenali juga sebagai Dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Di Indonesia ianya dipaggil terbang atau rebana. Dibawa oleh pedagang Arab pada kurun ke 13 Masihi. Ianya dikelaskan didalam kelas membranofon. Ianya berfungsi untuk meraikan perkahwinan, majlis keraian islam, Maulidulrasul dan berkhatan. Kompang juga berfungsi untuk menyambut ketibaan pemimpin dan acara rasmi.

Terdapat dua pendapat mengenai sejarah kompang ini, yang pertama ialah bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di Negara Arab. Pendapat kedua pula ialah lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab. Contohnya Selawat Memuji Rasulullah SAW.

Kompang mempunyai adab permainannya yang tersendiri. Didalam permainan kompang pemakaian amat dititik beratkan, kompang tidak boleh dilentangkan,tidak boleh melambung kompang dan tidak boleh meletakkan arah muka kulit kompang ke lantai.

Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah Kompang Hadrah dari negeri Perak, Kompang Johor/Jawa, kompang Ezhar dari Negeri Sembilan dan Kompang Kelalang dari negeri Melaka.

Kemudian encik amran mengajar pula kami bermain kompang. Kompang mempunyai dua bunyi iaitu bunyi pak dan bunyi bum. Bunyi pak dihasilkan apabila kita memukul dibahagian tengah kompang dan bunyi bung dihasilkan apabila kita memukul bahagian tepi kompang. Terdapat tiga kumpulan diperlukan untuk mengahsilkan paluan yang harmoni. Tiga kumpualn tersebut ialah Kumpulan Melalu yang memainkan rentak asas. Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan daripada rentak melalu dan kumpuan meningkah yang menjadi penghias rentak diantara kumpulan melalu dan kumpulan menyilang. Setiap persembahan kompang terdiri daripada tiga bahagian kumpualn iaitu pukulan ‘Mula’ untuk memulakan sesebuah lagu. Pukulan lagu dan pukulan ‘mati’ untuk mengakhiri lagu.









Gambar 4 : Kompang digunakan didalam majlis perkahwinan

Kompang perlu sentiasa dijaga untuk memastikan ianya sentiasa berada didalam keadaan yang baik. Sebelum dimainkan kompang perlu ditegangkan dengan sedak, kompang yang basah harus dijemur ditengah panas sehingga kering supaya ianya tahan lebih lama. Kompang perlulah disin dengan cara muka kompang menghadap muka kompang yang lain dan bukannay bahagaian baluh yang menghadap muka. Kompang boleh ditala untuk mendapatkan ton yang baik. Sedak yang diperbuat daripada wayar ataupun rotan ditolak kedalam diantara baluh dan belulang kompang.


Video 2 : Permainan Kompang
Teruskan Membaca...

Sunday, August 15, 2010

Minggu 5 : Jurnal Refleksi

Kuliah pada minggu ini membincangkan tentang dua lagi muzik tradisional yang terdapat di Malaysia iaitu Muzik Gamelan dan caklempong.Sebelum kuliah bermula,encik amran menayangkan video gamelan bali di sumatera. Permainan gamelan bali sungguh memukau kerana mereka bermain dengan menggunakan tempo yang sangat pantas.

GAMELAN

Gamelan berasal dari jawa, perkataan gamelan bermaksud ditabuh atau dipukul. Alat-alat muzik gamelan diperbuat daripada perenggu dan kayu, ada juga alat gamelan yang diperbuat daripada besi dan buluh. ALat-alat ini mempunyai pic yang tetap. Muzik gamelan dimainkan secara ensemble (berkumpulan), tetapi gamelan boleh juga dipersembahkan secara solo (tersendiri).

Sejarah gamelan ini dipercayai wujud pada Tahun Masihi 1. Alat pertama yang dicipta ialah gong dan kemudian alat-alat lain pula menyusul mengikut peredaran zaman. Pada awal tahun tamadun melayu, gong digunakan bagi sesuatu upacara atau menandakan bermulanya satu peristiwa. Pada zaman pemerintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunan (kiai).

Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, namun terdapat juga alat-alat yang menyerupai gamelan yang terdapat di Negara-negara lain seperti Negara Filipina, thailand, Cambodia dan Vietnam. Contohnya, Kulintangan yang terdapat di Sabah, Sarawak, Mindanao, Brunei dan Celebis. Terdapat dua jenis gamelan di Malaysia iaitu Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa.

Gamelan Melayu dikategorikan sebagai Muzik bentuk tarian utama. Disebut juga sebagai Gamelan Terengganu dan lebih dikenali sebagai joget gamelan. Wujud Di Riau Lingga pada abad ke 18 kerana perkahwinan keluarga diraja Riau dengan keluarga bendahara di Pahang. Pada awal abad ke 20, ia berpindah ke istana Terengganu bagi meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman (terengganu) dengan Tengku Mariam (Pahang), bermula dari situlah maka bermulalah identiti gamelan melayu dan jawa dipisahkan melalui penciptaan lagu baru, sistem talaan, instrumentasi dan melodi.









Gambar 1 : Alat-alat Muzik Gamelan

Alat-alat muzik dari keluarga idiofon yang terdapat pada gamelan ialah:-

1. 1 Gong Ageng = Register paling rendah sekali dan menandakan satu pusingan lagu.

2. 1 Gong Suwuk = Register rendah dan merupakan penanda masa.

3. Kenong (Chimes) = Penanda masa,ianya diapungkan (diletakkan diatas tali).

4. Saron (metalofon) = Melodi-saron Baron,”Doubling note”-Saron Peking, Saron berbentuk bilahan.

5. Gambang (Zailofon) = mempunyai 3 oktaf lebih (skel pentatonik).

Alat muzik membranofon yang ada pada gamelan pula ialah:-

1. 1 Gendang = 2 Muka.

Gamelan Jawa dikategorikan sebagai Bentuk Tarian Utama. Definisi terkini bagi gamelan ialah didominasikan alat muzik gangsa. Terdapat alat mzuik kordofon,erofondan membranofon serta terdpat juga penyanyi lelaki dan perempuan. Berasal dari Pulau Jawa Tengah. Dibawa oleh orang Jawa ke tanah melayu pada zaman penjajahan orang-orang eropah. Keseniannya merangkumi Tarian, wayang kulit purwa dan kuda kepang. Gamelan Jawa masih lagi dimainkan dibahagian selatan Malaysia dengan mengiringi berbagai-bagai tarian dan wayang jawa. Gamelan Jawa juga digunakan untuk mengiringi Tarian seperti Tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-Kupu Dan Cakil. Alat-alat Gamelan digunakan bagi mengiringi Riog, Barungan, dan Kuda Kepang. Muzik Gamelan juga digunakan bagi mengiringi majlis berkhatan, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Gamelan Jawa memainkan skel Pelog dan Slendro. Set Gamelan Jawa mengandungi banyak alat berbanding Gamelan Terengganu dan mengandungi 9 alat,antaranya ialah :-

1. Gendang

2. Bonang/Keromong

3. Saron Demung

4. Saron Baron

5. Saron Peking/Penerus

6. Gambang

7. Kempul

8. Kenong

9. Gong

Jika dibuat perbandingan diantara Gamelan Jawa dan Gamelan Terengganu,ianya tidak ada perbezaan yang ketara. Hanya berbeza cara ia dimainkan sahaja,Contohnya Gong bagi Gamelan Terengganu memainkan pada detik pertama, tetapi ada juga sesetengah lagu, gong dimainkan pada detik keempat pada dau bar akhir lagu. Pada Gamelan Jawa pula, Gong kempul dimainkan pada detik kedua pada dua bar akhir sebelum gong menghabiskan satu pusingan lagu itu.

Gamelan tidak menggunakan sistem notasi, dan ianya tidak dicatat sebaliknya diingati. Mzui ini dipelajari secara tidak formal dan diperturunkan melalui generasi ke generasi. Pada Abd ke 19,sistem yang menggunakan nombor diperkenalkan untuk memudahkan pemuzik memainkan lagu. Sistem yang menggunakan nombor ini dikenali sebagai sistem kepatihan dan sistem ini kekal digunakan sampai sekarang.

Tekstur gamelan adalah polifonik iaitu gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara. Ciri utama gamelan adalah bentuknya berulang. Permainan gamelan memerlukan kemahiran muzikal serta teknikal, perasaan yang peka kepada tekstur keseluruhan serta kerjasama dan hubungan yang baik diantara semua pemain.

Video 1 : Gamelan Terengganu

Video 2 : Tarian Gamelan

CAKLEMPONG

Dikenali juga sebagai tak lempong,telempong, talempong. Terdapat di daerah jelebu, Lenggeng dan kuala pilah negeri Sembilan. Ianya berasal dari minangkabau dan digunakan untuk mengiringi majlis perkahwinan dan keramaian, pencak silat, tarian lilin dan juga dalam dramatari randai.

Alat Muzik Caklempong

Bonang

Diperbuat daripada tembaga. BEntuknya sama seperti gong atau tetawak kecil. Seperti gong, bonang mempunyai cembol atau tombol diatasnya yang digunakan untuk diketuk. Bonagn diapungkan diatas tali. Penalaan boleh dilakukan dengan mengetuk permukaan dalam cembol untuk mendapatkan pic yang tinggi. Penalaan pic yang rendah ialah dengan cara mengetuk permukaan luar cembol.













Gambar 1 : Bonang

Gereteh

Terdiri daripada 15 biji bonang yang disusun dalam nada c major bersama 7 not tambahan pilihan. Seelok-eloknya gereteh ada 2 set supaya gereteh yang satu lagi itu boleh memainkan kaunter melodi.









Gambar 2 : Gereteh

Tingkah/ Sauwa

Tingkah dan sauwa adalah benda yang sama Cuma cara permainannya sahaja berbeza. Ianya terdiri daripada 8 biji bonang yang bermula dari E,F,G,A,Bb,B,C dan D.









Gambar 3 : Tingkah / Sauwa

Gendang Ibu dan Gendang Anak

Mukanya diperbuat daripada kulit lembu yang diikat pada baluh dengan tali. Tergolong didalam keluarga membranofon. Muka gendang dipukul dengan tangan.













Gambar 4 : Gendang Ibu dan Gendang Anak

Bangsi

Alat dari keluarga aerofon.Bunyinya sama seperti rekoder,diperbuat daripada buluh dan mempunyai 7 lubang.










Gambar 5 : Bangsi

Serunai

Alat dari keluarga aerofon. Terdiri daripada Pupuik Gadang (diperbuat daripada daun kelapa)dan pupuik tanduk (diperbuat daripada tanduk kerbau). Kebiasaanya memainkan melodi.




Gambar 6 : Serunai










Gambar 7 : Susunan Alat Muzik Caklempong




Video 3 : Caklempong
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 HAFZAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template