Friday, July 23, 2010





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kuliah minggu ini membincangkan perkara-perkara asas mengenai muzik seperti apa itu bunyi dan bagaimana bunyi boleh diklasifikasikan sebagai muzik. Selain itu perkara-perkara asas dalam muzik seperti pic,skel,harmoni dan ton colour (timbre) dapat difahami dengan lebih jelas lagi kerana diberi penerangan dan contoh yang baik oleh pensyarah.

Perkara baru yang saya pelajari dalam kuliah minggu ini ialah berkenaan dengan soundscape. Menurut satu pernyataan yang diambil daripada laman web Wikipedia, soundscape adalah bunyi atau kombinasi dari beberapa bunyi yang terbentuk daripada persekitaran yang ‘tertutup’ (immersive environment). Menurut laman web itu lagi, Soundscape adalah idea kepada ruang bunyi merujuk kepada keaslian bunyi persekitaran dimana terdiri daripada bunyi-bunyi semulajadi termasuklah bunyi-bunyi haiwan ,cuaca dan bunyi alam semulajadi; dan bunyi persekitaran dibuat oleh manusia melalui komposisi muzik, rekabentuk bunyi, dan beberapa lagi aktiviti biasa manusia seperti perbualan, kerja dan bunyi mekanikal hasil daripada penggunaan industri teknologi.

Seterusnya, topik yang dibincangkan adalah berkenaan dengan budaya muzik tradisional di Malaysia. Muzik tradisional di Malaysia banyak dipengaruhi daripada pengaruh luar, kesan daripada kedatangan pedagang asing dan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu. Muzik tradisional di Malaysia seperti zapin,ghazal,keroncong banyak dipengaruhi oleh muzik daripada Timur Tengah seperti dari India, China dan Arab. Manakala wayang kulit di Kelantan dipengaruhi oleh Thailand. Terdapat juga unsur-unsur animisme iaitu unsur pemujaan dalam wayang kulit.

Topik seterusnya yang dibincangkan adalah kategori alat-alat muzik. Terdapat empat kategori alat-alat muzik iaitu Aerofon,Kordofon, Membranofon dan idiofon. Menurut laman web Wikipedia nama kategori alat-alat ini muzik ini telah diberi oleh Erich von Hornsbostel dan Curt Sachs dan dikenali sebagai Sachs-Hornbostel sistem.

Sachs-Hornbostel sistem telah mengklasifikasikan alat-alat muzik kepada empat kumpulan.

1. Idiofon = Alat yang menghasilkan bunyi jika diketuk pada permukaan seperti gong,bonang.







2. Membranofon = Alat yang diketuk pada permukaan kulit mukanya seperti gendang,tabla,kompang, rebana dan sebagainya.








3. Kordofon = Alat yang menghasilkan bunyi melalui getaran tali seperti biola,cello,gitar,rebab dan sebagainya.








4. Aerofon = Alat yang menghasilkan bunyi hasil daripada getaran udara (ditiup) contohnya seperti serunai, seruling dan sebagainya.









Akhir sekali, saya berharap subjek ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih mendalam lagi tentang perkembangan muzik tradisional di Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 HAFZAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template