Sunday, August 1, 2010

Minggu 3 : Jurnal Refleksi



Assalamuailaikum dan Selamat Sejahtera.

Pada kuliah ketiga pada minggu yang lepas membincangkan tentang tiga tajuk besar iatu kaedah klasifikasi muzik tradisional di Malaysia, Kategori muzik tradisional di Malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional di Malaysia. Tapi sebelum itu pensyarah menerangkan tentang perspektif adaptasi dan idiosinkretik.

Perspektif Adaptasi Dan Idiosinkretik

Perspektif adaptasi atau dengan kata lainnya adalah penyesuaian. Maksudnya suara, mode muzik, pembuatan dan hiasan yang dipengaruhi daripada budaya lain disesuaikan dengan budaya setempat. Contoh muzik yang telah diubah untuk penyesuaian di Malaysia ialah Ghazal Pathi, Ghazal Johor dan lain-lain lagi. Di Negara Arab pula Baladi Dance dan Ya zuhur. Di Negara Indonesia pula ialah Orkes Gambus.

Idiosinkretik pula ialah cara atau gaya tersendiri. Maksudnya alat muzik yang diambil dari luar contohnya gambus. Gambus diambil berasal dari timur tengah dan dibawa oleh pedangang arab yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke 14. Masyarakat melayu menerima gambus tanpa melakukan apa-apa perubahan dalam aspek mode muzik dan prinsip akustik contohnya dari segi sistem talaan, pemasangan dan kedudukan tali yang menggunakan double-course dan penggunaan tanduk sebagai pemetik.









Rajah 1 : Gambus


Klasifikasi Alat Muzik

Eropah telah mempunyai sistem pengklasifikasian tersendiri. Namun begitu India dan Cina juga mempunyai sistem pengklasifikasian yang tersendiri. Masyarakat cina telah mengkategorikan alat muzik meraka kepada lapan kumpulan asas. Iaitu logam, batu,kain, tanah, kulit, labu kering, buluh dan kayu.












Gambar 2 : Erhu

Menurut Natyashastra ,(buku atau karangan purba yang menceritakan tentang persembahan seni) di India ,mengklasifikasikan alat muzik mereka kepada 4 jenis. Yang pertama alat mzuk yang terdiri daripada Gong, simbal dan loceng. Yang kedua alat-alat muzik gendang seperti tabla dan mridangam. Yang ketiga, alat bertali seperti sitar. Dan yang keempat alat muzik tiupan seperti shehnai.







Rajah 3 : Pandit s.Ballesh sedang bermain shehnai


Di barat pula Victor Charles Mahillon (1880) telah mengklasifikasikan alat-alat muzik namun telah dikemaskinikan semula oleh Curt Sachs, Eric Von Hornbostels (1914). Jika mengikut dari segi taksonomi alat-alat muzik dikelaskan kepada 4 bahagian.

· Idiofon = Alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi bila diketuk seperti Gong.

· Membranofon = Alat muzik yang menggunakan kulit seperti conga, djimbei.

· Aerofon = Alat yang menghasilkan bunyi daripada kolong udara seperti flute.

· Kordofon = Alat yang bertali.

Namun begitu, bagi alat-alat muzik dalam kumpulan ensemble seprti orchestra, simfoni, pop orchestra dan lain-lain lagi, alat-alat muzik diklasifikan kepada 3 bahagian iaitu alat-alat perkusi, bertali dan tiupan. Didalam keluarga alat-alat muzik jenis tiupan boleh dipecahkan kepada dua iaitu woodwind dan brass.

Contoh alat-alat perkusi adalah timpani,gong, marimba, bongo, set drum, timbalist dan lain-lain lagi. Alat-alat bertali pula ialah violin,viola,cello, Doube bass dan gitar. Manakala bagi alat tiupan dari keluarga woodwind pula ialah saxophone, flut, bassoon, oboe, clarinet. Dari keluarga brass pula ialah Trumpet, Trombone, French horn, Flugal Horn, Euphonium dan Tuba.







Rajah 4 : Instrument didalam Orkestra


CIRI-CIRI UTAMA DALAM MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

Tajuk kedua yang dibincangkan adalah ciri-ciri utama dalam muzik tradisional di Malaysia. Terdapat dua tradisi didalam masyarakat melayu pada ketika itu. Yang pertama adalah tradisi besar dimana ini adalah budaya di istana dan yang kedua adalah tradisi kecil (Budaya Rakyat) iaitu rakyat seperti petani.

Terdapat 4 kategori utama muzik di Malaysia iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik ,muzik kontemporari.

1. Muzik Rakyat = Muzik yang dimainkan oleh masyarakat desa atau petani. Muziknya tidak mengalami perubahan. Sitem latihannya bersahaja dan menggunakan sistem abjad. Menggunakan kaedah imitasi (peniruan/rote-method). Merupakan cerminan dasar dan nilai kebudayaan contih bagi muzik rakyat adalah Wayang Kulit, Zapin, Kuda Kepang dan lain-lain lagi.

2. Muzik Klasik = Muzik ini dimainkan di Bandar atau istana. Mempunyai asas sejarah dan teorinya agak kukuh disamping mempunyai intelek dan bersistemetik. Repertoire (lagu) dalam bentuk Genre. Contoh bagi Muzik Klasik adalah gamelan,nobat,orekestra karnatik dan lain-lain lagi.

3. Muzik Sinkretik = Muzik ini merupakan budaya yang diamalkan dibandar dan juga desa. Muzik ini merupakan gabungan muzik Rakyat dan klasik, mempunyai tarian dan vocal didalamnya. Muzik ini bersifat fleksibel iaitu boleh diubah-ubah dan diimprovisasi. Contoh muzik sinkretik adalah Ghazal,Dondang Sayang dan Asli.

4. Muzik Kontemporari = Muzik yang mempunyai ciri-ciri barat. Digubah oleh pemuzik popular. Muzik ini berubah dalam jangka masa pendek dan mempunyai sistem notasi yang sistematik serta dipinjam dari sumber luar. Contoh muzik kontemporari adalah muzik pop yeh-yeh, muzik rap, rock dan lain-lain lagi.

Ciri-Ciri Muzik Tradisional Malaysia

Muzik tradisional di Malaysia mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Terdapat enam ciri muzik tradisional di Malaysia seperti muzik bentuk seni lakon utama (dramatari), muzik tarian utama (dramatari), Ensembel Genderang, Vokal dan Instrument solo, Ensembel Sosial popular dan Ensembel lain.

1. Muzik Bentuk Seni Lakon Utama (Dramatari) = Mempunyai ciri-ciri teater dan muzik wilayah. ‘Percussion Dominated’ (alat-alat perkusi memainkan peranan yang utama). Merupakan muzik kamar (chamber Ensembel). Mengutamakan alat Idiofon dan membranofon manakala alat kordofon dan aerofon memainkan melodi. Contoh Muzik Bentuk Seni Lakon Utama adalah mak yung, wayang kulit, mek mulung, Bangsawan,randai dan opera cina.

Video 1 : Mek Mulung


2. Muzik Bentuk Tarian Utama = Merupakan tradisi muzik yang mengiringi tarian. Terbahagi kepada dua iaitu Tradisi kesenian tinggi seperti Tarian asyik, joget gamelan, Gamelan jawa, Tarinai dan Zapin. Yang kedua pula ialah Tradisi kesenian rakyat iaitu Tarian Ngajat, Datun Julud, Muzik Tarian Sumazau, Magarang dan muzik tarian singa.

3. Muzik Ensembel Genderang = Muzik jenis ‘stand alone’ atau mengiringi muzik bentuk tarian utama. Digunakan juga untuk mengiringi aktiviti kerja, upacara, ritual tertentu atau dalam seni mempertahankan diri. Contoh Muzik Ensembel Genderang adalah Kompang, Hadrah, Rodat, Dabus, Gendang Keling, Nobat, Caklempong, Huduk Apa, Bek Alu, Kesut, Tumbuk Kalang, Kertuk dan lain-lain lagi.

4. Muzik Vokal Dan Instrumental Solo = Muzik ini melibatkan seluruh aspek masyarakat. Muzik ini ada digunakan dalam muzik iringan semasa meraikan anak yang baru lahir, sosiolisasi dan funeral. Ianya adalah sastera lisan yang disebar melalui nyanyian, genealogi (salasilah) kalangan kaum. Muzik ini memerlukan daya kreatif dan kemahiran gaya hidup masyarakat. Contoh muzik vocal adalah Zikir, Lagu Menyambut Tetamu (Kayan), Pantun (Kenyah), Wa (berbentuk cerita-Kaum Kajang), Kui (Kisah penanaman padi), Timang (Iban). Manakala contoh muzik instrumental pula ialah Organ mulut (kelur,sompoton, Seruling, Suling, Nabat), Ziter (Krem, Satong, kecapi, sapeh, sudatang, gagayan)

Video 2 : Sompoton


5. Muzik Ensembel Sosial Popular = Muzik yang digunakan untuk Hiburan, keramaian dan majlis perayaan. Menghasilkan Menghasilkan muzik sinkretik, mengiringi tarian ronggeng, nyanyian dalam keroncong dan ghazal, perbalasan pantun seperti dondang sayang dan dikir barat. Muzik ini juga merupakan cantuman unsur muzik tempatan dengan unsur muzik budaya luar. Contoh muzik ini adalah Ronggeng, Dondang Sayang, Keroncong, Dikir Barat, Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan).

6. Muzik Bentuk Lain = Terdapat pelbagai genre muzik di Malaysia yang masih belum diselidiki, didokumentasi dan dianalisi secara mendalam. Contoh muzik lain adalah seperti jiduran berundai (Kedah), barongan dan bongai(Negeri sembilan) . Manakala dalam Bentuk Seni Lakon -Rodat, Hadrah, Ghazal (ensembel Sinkretik, Muzik yang berkaitan dengan seni penceritaan (Randai), Tok Slampit (diiringi rebab 3 tali), Awang Batil, Jubang Linggang (bentuk nyanyian tanpa alat muzik), Kaba (Minangkabau-Rebab), Boria, Menora, Orkestra Klasik India, Muzik Masyarakat Portugis Melaka dan lain-lain lagi.

Video 3 : Bongai (Negeri Sembilan)


Kesimpulannya, Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis muzik, tarian dan lakonan. Namun masih ramai masyarakat Malaysia yang tidak mengetahui dan menyedari tentang muzik-muzik ini. Justeru itu, pendedahan dan pengetahuan tentang muzik-muzik ini perlu diserapkan kepada seluruh masyarakat di Malaysia khasnya bagi pelajar-pelajar di sekolah. Ini penting bagi membentuk jati diri rakyat Malaysia itu sendiri.

Sekian,Terima Kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 HAFZAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template