Thursday, August 5, 2010

Minggu 4 : Jurnal Refleksi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pada minggu ke empat ini, topik yang dibincangkan adalah berkenaan dengan wayang kulit. Wayang kulit adalah teater kuno bagi masyarakat melayu. Ianya adalah pengkisahan dalang ( Tukang Boneka) dan bayang-bayang patung diatas kelir (layar). Ia memainkan cerita-cerita epik dan purba. Mengandungi pelbagai lagu dan repertoire mengikut kehendak cerita tersebut.

Muzik wayang kulit adalah satu seni muzik yang unik kerana ia memerlukan keahlian yang khusus. Dalang dan panjaknya mestilah menghafal lebih dari 35 buah lagu . Seseorang dalang itu mestilah mahir dalam hikayat-hikayat. Seseorang dalang itu haruslah mempunyai kemahiran untuk melakunkan cerita supaya menarik, pandai untuk membawa suasana yang gembira, takut, kasih sayang, sedih, garang dan juga lucu. Dalang mestilah seorang yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu agama. Bagi proses pembuatan patung-patung wayang kulit pula,seseorang itu haruslah mempunyai kesabaran , kepakaran dan ketelitian yang tinggi.

JENIS WAYANG KULIT

Ada 4 jenis wayang kulit yang dikenal pasti di Negara Malaysia, iaitu Wayang Gedek, Wayang Kulit Jawa, Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Melayu.

Wayang Kulit Jawa

Wayang Kulit Jawa ini berasal dari Indonesia dan juga dikenali sebagai Wayang Purwa. Menurut laman web Wikipedia,purwa bermaksud awal, dikatakan wayang kulit yang paling tua sekali jika dibandingkan dengan wayang kulit yang lain. Dimainkan oleh orang yang berketurunan jawa di Selangor dan johor. Ianya masih mengekalkan ciri-ciri wayang kulit purwa yang asli ( jalan cerita mengenai epik Ramayana dan Mahbrata). Bahasa yang disampaikan ialah bahasa jawa. Muziknya adalah dengan iringan bunyi gamelan dan mempunyai penyanyi. Alat-alat muzik yang lain ialah khendang, dan tiada alat kordofon dan aerofon digunakan.















Gambar 1 : Sebuah Patung Wayang Purwa











Gambar 2 : Kedudukan pemuzik didalam permainan wayang kulit



Video 1 :Wayang Kulit Jawa



Wayang Gedek

Wayang Gedek ini dimainkan di kawasan semenanjung Malaysia iaitu kedah dan perlis. Ianya berasal dari Thailang. Patungnya mudah untuk dibezakan dengan yang lain-lain kerana muka dan posisi patung tersebut menghadap ke hadapan, pakaian dan seni ukiran patung ini juga banyak mempunyai pengaruh siam. Bahasa yang digunakan adalah loghat siam ataupun dialek kedah. Ianya juga memainkan epik Ramayana, namun begitu terdapat pengubahsuaian dalam Wayang Gedek pada masa kini kerana ia banyak menyelitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini. Alat-alat muzik yang digunakan didalam wayang gedek adalah Saw oo dan Saw Duang dari keluarga kordofon, Klong that (geduk), Thon (gedombak), Klong Khaek dari keluarga membranofon, Shawn sejenis alat dari keluarga aerofon dan alat idiofon iaitu simbal (Ching) dan Gong Chime (Mong).











Gambar 3 : Sebuah Bangsal Wayang Gedek














Gambar 4 : Shawn (Alat Muzik Aerofon)














Gambar 5 : Saw Duang (Alat Muzik Kordofon)


Wayang Kulit Melayu (Wayang Jawa)

Wayang Kulit Melayu ini dipengaruhi oleh Wayang Purwa dari Indonesia. Ianya berkembang pada abad ke 19 di kedah dan Kelantan dan dibawah naungan raja untuk hiburan bangsawan. Memainkan cerita epic Mahbrata terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita panji (perang). Patutng-patung didalam wayng ini senang untuk dikenal pasti berdasarkan kepada kedudukan kepala. Patung yang berwatak baik biasanya bertubuh elok dan kecil serta mukanya menghadap ke bawah manakala patung yang jahat pula berwatak kasar dan sombong dan mukanya mendongak ke atas. Bahasa yang digunakan adalah dalam bahasa jawa dan diselitkan juga dengan dialek Melayu tempatan. Alat-alat muzik yang terdapat dalam Wayang Kulit Melayu ini adalah Rebab dari keluarga Kordofon, Gendang Ibu dan Gendang Anak dari keluarga membranofon manakala banyak menggunakan alat-alat idiofon seperti sebiji mong, Canang (6 biji), kesi dan juga gong.











Gambar 6 : Wayang Kulit Melayu


Wayang Kulit Kelantan

Teater rakyat dan sangat popular dan dikenali oleh seluruh Malaysia. Ceritanya masih juga berdasarkan epic Ramayana tetapi ia juga ada memainkan penceritaan yang popular yang diambil dari cerita-cerita melayu, cerita panji dan cerita tempatan. Mempunyai watak peran (watak lucu) iaitu Wak Long dan Pak Dogol. Patung-patung dalam wayang ini mempunyai banyak persamaan dengan patung-patung patani. La diukir mengiring dan kebiasaannya berdiri diatas kenderaan. Dari segi pergerakan tangan, hanya sebelah sahaja digunakan. Bahasa yang digunakan adalah dialek Melayu Kelantan yang mempunyai pengaruh patani.


Video 2 : Wayang Kulit Kelantan (Samad Anok Gajoh)

Keempat-empat wayang ini, ia mempunyai persamaan dari segi penceritaan, iaitu ianya menggunakan epik Ramayana dan mahabrata. Saya telah mengambil sinopsis kisah epik Ramayana dan Mahabrata dari laman web Wikipedia untuk dikongsi bersama dengan pelajar-pelajar yang lain.











Gambar 7 : Wayang Kulit Kelantan

Ramayana

Ada seorang pemuda bernama Rama yang merupakan titisan atau kelahiran semula Dewa Vishnu di dunia. Sebenarnya ia berhak untuk menjadi raja di Ayodyapura untuk menggantikan ayahnya Prabu Dasarata, tetapi ayahnya sudah menjanjikan kerajaan kepada anaknya dari isteri yang lain, iaitu Barata. Lalu Sri Rama yang berkahwin dengan sita mengembara bersama adiknya Laksamana. Sita diculik oleh Rawana atau Rahwana dari Alengkapura dan ingin berkahwin dengannya. Sita menolak dan Rama ingin mengambilnya kembali. Lalu Rama yang dibantu oleh Laksamana, Hanuman, Wibisana (adik Rahwana) menyerang Alengkapura untuk merebut kembali Sita.

Mahabrata

Mahabrata menceritakan kisah konflik para Pandawa Lima dengan saudara sepupu mereka sang seratus Korawa, mengenai sengketa hak pemerintahan tanah Negara Astina. Kemuncaknya adalah perang Bharatayuddha di medan Kurusetra dan petempuran itu berlangsung selama lapan belas hari.

Wayang Kulit merupakan satu khazanah yang semakin hari semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Oleh itu, menjadi tugas dan tanggungjawab para pendidik muzik dan generasi masa kini untuk memartabatkan dan memelihara seni ini agar ianya tak pupus ditelan zaman.

Wayang Kulit merupakan satu seni yang semakin hari,semakin dilupakan. Oleh itu menjadi tugas para pendidik muzik dan generasi pada masa kini untuk memartabatkan dan memelihara seni ini agar ianya tak pupus ditelan zaman.


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 HAFZAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template