Tuesday, September 7, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi

MENORA

Assalamualaikum dan salam lebaran..

Kuliah pada minggu ke 8 membincangkan sebuah lagu muzik tradisional muzik yang dikategorikan sebagai muzik dramatari iaitu menora.

Menora dikategorikan sebagai muzik drama tari. Persembahan menora meliputi mendatari, pembaca puisi, pemimpin kumpulan/pelakon/ penari persembahan itu. Dipetik dari kitab-kitab Mahabrata. Menora mempunyai 12 buah cerita asal, tetapi ada 7 buah cerita asal yang sudah diubahsuai. Menora juga digunakan untuk tujuan perubatan, contohnya (menyepit mata pedang yang telah dicelup dengan air mawar dengan ibu jari kaki Pak Sithong.










Gambar 1 : Menora (sumber gambar dari weblog menora)

Menora mempunyai unsur-unsur animism, contohnya menyediakan makanan untuk makhluk halus. Menora mempunyai unsur jenaka. Menora berasal drai Songkla,Thailand. Menora begitu popular di wilayah-wilayah selatan Thailand. Menurut Su Choon, menorah berasal dari kerajaan Legor (Selatan Siam & Utara Tanah Melayu0, ianya wujud sejak Tamadun masihi 400. Kerajaan Legor hilang setelah orang-orang utara menguasainya pada tahun 1250.

Menurut Hj.Mohamed Tharuwat b. Hj. Ismail Bakti seorang aktivis menorah. Beliau mengatakan menorah berasal dari Narathiwat. Menora di Thailand berbeza dengan Kelantan. Asal menorah adalah berdasarkan cerita Puteri sri Mala. 12 buah kisah itu dientripretasikan oleh Putera Thep (anak Puteri Sri Mala) . Di tumpat dan bachok Kelantan menorah wujud sebelum kedatangan agama islam. Ianya dimainkan mengikut cara Buddha di istana (mempunyai mentera). Setelah kedatangan agama islam, menorah tidak lagi dimainkan di istana kerana mempunyai unsur lucah. Banyak dimainkan di kuil sebagai upacara keagamaan.

Didalam persembahan Menora, terdapat beberapa watak. Bagi lelaki ada 3 watak utama iaitu watak perwira, srikandi, Tok perang (pelawak).Bagi watak perempuan dilakunkan oleh lelaki berambut panjang. Kini watak perempuan dilakonkan oleh perempuan, di Thailand, tarian dilakukan oleh wanita sahaja. Di Kelantan, masih lagi lelaki dan perempuan. Menurut Encik Tharawat, dalam permainan Menora harus mempunyai Pak sitong, Inang (dayang), Perang (pengasuh dalam istana dan memakai topeng)

Bagi pakaian untuk pelakon lelaki ia perlu memakai baju lengan pendek dan berseluar panjang yang berwarna-warni. Dikepala ada mahkota tinggi yang disebut kecopong atau CHA DA. Berskaf merah, memakai tali pinggang yang dipanggil KHEM-KHAT. Berselendangkan kain yang mempunyai corak-corak. Selendang itu digantung pada bahu kanan dan melalui punggung kiri dan pada bahu kiri melalui punggung kanan dan disebuat SANG WAN. Kain kuning dan hijau yang digantung dibahagian depan disebut panung dimana hujungnya menyentuhi lutut disebut HOI KHANG. Sehelai kain bercorak yang digantung pada pinggang dibahagian hadapan disebut HOI NA. Bersarung kaki. Sepasang sayap bercorak yang diikat pada rusuk pinggang menghala ke belakang disebut pa Sebai ( IN-THA-NU), rantai pada dadanya dipanggail THAP SUANG. Bersarung kuku yang panjang melenting disebut Canggai.

Bagi pelakon perempuan, pakaian hamper sama dengan lelaki tetapi tidak memakai kecopong. Watak peran bertopeng dan berselendang dipanggil “phakona” dan topeng berwatak jenaka. Bagi ahli muzik pula, pakaian mereka bebas.

Perbezaan kecopong melayu dan siam adalah kecopong melayu, menaranya berbentuk bulat, mempunyai telinga dan mempunyai subang. Kecopong siam tidak mempunayi pom pom,bertingkat-tingkat dan tajam macam pucuk rebung.

Adat buka panggung pula, sebuah panggung khas berbumbung mesti didirikan di atas tanah, terdapat bahan yang perlu disediakan sebelum buka panggung seperti colok, pulut kuning, darah, beras, sirih dan lain-lain lagi. Pengeras yang perlu dibayar ialah RM2.25 tetapi ianya bergantung kepada pemain. Pantang larangnya seperti topeng, kecopong dan lain-lain alatan perlu disimpan ditempat yang tertentu kerana dikhuatiri “spirit” akan menggangu pada persembahan seterusnya.

Persembahan menorah dilakukan pada waktu malam (8.00 – ke subuh) bergantung kepada kepanjangan cerita yang hendak disampaikan. Pemimpin menorah perlu menngunakan lilin yang diletakkan didalam piring bersama dengan sirih dan pinang. Ketua akan membacakan mentera dan menyembah mahkota (CHA-DA) untk mengelakkan daripada gangguan. Setelah selesai ketua membuat persembahan lagu pembukaan dimainkan.

Antara alat muzik yang digunakan didalam persembahan menorah adalah seperti 1 geduk (alat membranofon), 1 canang (sepasang)(alat idiofon), 1pinai (alat aerofon), 2 Gedombak (alat mebranofon), 1 cerek (alat idiofon), I kesi (alat idiofon). Tarian dan lagu yang ada dalam persembahan menora ialah Gerak Theng Khe, Tari Tikam Buaya, Tarian Klong Hong (tangkap Geruda), Tarian Kreng Ton, 12 Gerak tari asal seperti Gerak Tari Burung Kinaree, Gerak Tari Masuk, Tarian Penjuru Besar (Jalan Angsa), Tarian Penjuru Kecil (Gerak Tari Gajah) dan Gerak Tari Labah-labah..

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 HAFZAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template