Sunday, August 15, 2010

Minggu 5 : Jurnal Refleksi

Kuliah pada minggu ini membincangkan tentang dua lagi muzik tradisional yang terdapat di Malaysia iaitu Muzik Gamelan dan caklempong.Sebelum kuliah bermula,encik amran menayangkan video gamelan bali di sumatera. Permainan gamelan bali sungguh memukau kerana mereka bermain dengan menggunakan tempo yang sangat pantas.

GAMELAN

Gamelan berasal dari jawa, perkataan gamelan bermaksud ditabuh atau dipukul. Alat-alat muzik gamelan diperbuat daripada perenggu dan kayu, ada juga alat gamelan yang diperbuat daripada besi dan buluh. ALat-alat ini mempunyai pic yang tetap. Muzik gamelan dimainkan secara ensemble (berkumpulan), tetapi gamelan boleh juga dipersembahkan secara solo (tersendiri).

Sejarah gamelan ini dipercayai wujud pada Tahun Masihi 1. Alat pertama yang dicipta ialah gong dan kemudian alat-alat lain pula menyusul mengikut peredaran zaman. Pada awal tahun tamadun melayu, gong digunakan bagi sesuatu upacara atau menandakan bermulanya satu peristiwa. Pada zaman pemerintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunan (kiai).

Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, namun terdapat juga alat-alat yang menyerupai gamelan yang terdapat di Negara-negara lain seperti Negara Filipina, thailand, Cambodia dan Vietnam. Contohnya, Kulintangan yang terdapat di Sabah, Sarawak, Mindanao, Brunei dan Celebis. Terdapat dua jenis gamelan di Malaysia iaitu Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa.

Gamelan Melayu dikategorikan sebagai Muzik bentuk tarian utama. Disebut juga sebagai Gamelan Terengganu dan lebih dikenali sebagai joget gamelan. Wujud Di Riau Lingga pada abad ke 18 kerana perkahwinan keluarga diraja Riau dengan keluarga bendahara di Pahang. Pada awal abad ke 20, ia berpindah ke istana Terengganu bagi meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman (terengganu) dengan Tengku Mariam (Pahang), bermula dari situlah maka bermulalah identiti gamelan melayu dan jawa dipisahkan melalui penciptaan lagu baru, sistem talaan, instrumentasi dan melodi.









Gambar 1 : Alat-alat Muzik Gamelan

Alat-alat muzik dari keluarga idiofon yang terdapat pada gamelan ialah:-

1. 1 Gong Ageng = Register paling rendah sekali dan menandakan satu pusingan lagu.

2. 1 Gong Suwuk = Register rendah dan merupakan penanda masa.

3. Kenong (Chimes) = Penanda masa,ianya diapungkan (diletakkan diatas tali).

4. Saron (metalofon) = Melodi-saron Baron,”Doubling note”-Saron Peking, Saron berbentuk bilahan.

5. Gambang (Zailofon) = mempunyai 3 oktaf lebih (skel pentatonik).

Alat muzik membranofon yang ada pada gamelan pula ialah:-

1. 1 Gendang = 2 Muka.

Gamelan Jawa dikategorikan sebagai Bentuk Tarian Utama. Definisi terkini bagi gamelan ialah didominasikan alat muzik gangsa. Terdapat alat mzuik kordofon,erofondan membranofon serta terdpat juga penyanyi lelaki dan perempuan. Berasal dari Pulau Jawa Tengah. Dibawa oleh orang Jawa ke tanah melayu pada zaman penjajahan orang-orang eropah. Keseniannya merangkumi Tarian, wayang kulit purwa dan kuda kepang. Gamelan Jawa masih lagi dimainkan dibahagian selatan Malaysia dengan mengiringi berbagai-bagai tarian dan wayang jawa. Gamelan Jawa juga digunakan untuk mengiringi Tarian seperti Tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-Kupu Dan Cakil. Alat-alat Gamelan digunakan bagi mengiringi Riog, Barungan, dan Kuda Kepang. Muzik Gamelan juga digunakan bagi mengiringi majlis berkhatan, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Gamelan Jawa memainkan skel Pelog dan Slendro. Set Gamelan Jawa mengandungi banyak alat berbanding Gamelan Terengganu dan mengandungi 9 alat,antaranya ialah :-

1. Gendang

2. Bonang/Keromong

3. Saron Demung

4. Saron Baron

5. Saron Peking/Penerus

6. Gambang

7. Kempul

8. Kenong

9. Gong

Jika dibuat perbandingan diantara Gamelan Jawa dan Gamelan Terengganu,ianya tidak ada perbezaan yang ketara. Hanya berbeza cara ia dimainkan sahaja,Contohnya Gong bagi Gamelan Terengganu memainkan pada detik pertama, tetapi ada juga sesetengah lagu, gong dimainkan pada detik keempat pada dau bar akhir lagu. Pada Gamelan Jawa pula, Gong kempul dimainkan pada detik kedua pada dua bar akhir sebelum gong menghabiskan satu pusingan lagu itu.

Gamelan tidak menggunakan sistem notasi, dan ianya tidak dicatat sebaliknya diingati. Mzui ini dipelajari secara tidak formal dan diperturunkan melalui generasi ke generasi. Pada Abd ke 19,sistem yang menggunakan nombor diperkenalkan untuk memudahkan pemuzik memainkan lagu. Sistem yang menggunakan nombor ini dikenali sebagai sistem kepatihan dan sistem ini kekal digunakan sampai sekarang.

Tekstur gamelan adalah polifonik iaitu gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara. Ciri utama gamelan adalah bentuknya berulang. Permainan gamelan memerlukan kemahiran muzikal serta teknikal, perasaan yang peka kepada tekstur keseluruhan serta kerjasama dan hubungan yang baik diantara semua pemain.

Video 1 : Gamelan Terengganu

Video 2 : Tarian Gamelan

CAKLEMPONG

Dikenali juga sebagai tak lempong,telempong, talempong. Terdapat di daerah jelebu, Lenggeng dan kuala pilah negeri Sembilan. Ianya berasal dari minangkabau dan digunakan untuk mengiringi majlis perkahwinan dan keramaian, pencak silat, tarian lilin dan juga dalam dramatari randai.

Alat Muzik Caklempong

Bonang

Diperbuat daripada tembaga. BEntuknya sama seperti gong atau tetawak kecil. Seperti gong, bonang mempunyai cembol atau tombol diatasnya yang digunakan untuk diketuk. Bonagn diapungkan diatas tali. Penalaan boleh dilakukan dengan mengetuk permukaan dalam cembol untuk mendapatkan pic yang tinggi. Penalaan pic yang rendah ialah dengan cara mengetuk permukaan luar cembol.













Gambar 1 : Bonang

Gereteh

Terdiri daripada 15 biji bonang yang disusun dalam nada c major bersama 7 not tambahan pilihan. Seelok-eloknya gereteh ada 2 set supaya gereteh yang satu lagi itu boleh memainkan kaunter melodi.









Gambar 2 : Gereteh

Tingkah/ Sauwa

Tingkah dan sauwa adalah benda yang sama Cuma cara permainannya sahaja berbeza. Ianya terdiri daripada 8 biji bonang yang bermula dari E,F,G,A,Bb,B,C dan D.









Gambar 3 : Tingkah / Sauwa

Gendang Ibu dan Gendang Anak

Mukanya diperbuat daripada kulit lembu yang diikat pada baluh dengan tali. Tergolong didalam keluarga membranofon. Muka gendang dipukul dengan tangan.













Gambar 4 : Gendang Ibu dan Gendang Anak

Bangsi

Alat dari keluarga aerofon.Bunyinya sama seperti rekoder,diperbuat daripada buluh dan mempunyai 7 lubang.










Gambar 5 : Bangsi

Serunai

Alat dari keluarga aerofon. Terdiri daripada Pupuik Gadang (diperbuat daripada daun kelapa)dan pupuik tanduk (diperbuat daripada tanduk kerbau). Kebiasaanya memainkan melodi.




Gambar 6 : Serunai










Gambar 7 : Susunan Alat Muzik Caklempong




Video 3 : Caklempong

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 HAFZAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template