Saturday, August 21, 2010

Minggu 6 : Jurnal Refleksi


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada Minggu ke enam ini topik yang dibincangkan adalah berkenaan dengan makyung dan kompang. Sebelum kuliah dimulakan, encik amran memainkan video yang menayangkan persembahan mak yung, menora dan mek mulung.

MAK YUNG

Mak yung adalah dikategorikan didalam bentuk seni lakon sama seperti menorah, mek mulung dan jikey. Bentuk seni lakonnya sangat kuno iaitu berkenaan dengan cerita-cerita lagenda dan mitos. Ianya mempunyai asas yang sama tetapi dibentuk melalui identity dan keperluan dramatik yang berbeza. Mak yong menggunakan pelakon manusia, tidak seperti wayang kulit yang menggunakan boneka. Mak Yong mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental. Mak Yong mengisahkan penceritaan.

Mak Yung Berasal dari Patani (Kerajaan Melayu Lama : Hikayat Patani), ianya tersebar luas di semenanjung Malaysia, Medan dan kepulauan Lingga di Indonesia. Selepas 200 tahun ianya dipindah ke Kelantan dan terus dibawa ke kedah semasa naungan Sultan Mohamad ke IV. Di kampung Temenggung di Kota Bahru, Tengku Temenggung Ghaffar bertanggungjawab untuk sistem latihan, muzik dan kostum diperhalusi secara sistematik. Mak Yong bertukar dari tradisi istana ke Tradisi rakyat (Folk Theater).

Mak Yung dipersembahkan untuk tujuan ritual. Ianya dipersembahkan melalui Main Puteri untuk tujuan penyembuhan penyakit. Ianya jua digunakan untuk persembahan sembah guru. Aras panggung bagi Mak Yung ini sama dengan aras tanah. Mak Yung juga digunakan untuk tujuan persembahan dimana persembahannya beratap dan ruang berlakon di tengah-tengah panggung. Pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai.

Cerita asal Mak Yung bertajuk Dewa Muda,ianya adalah cerita rakyat. Terdapat kira-kira 11 buah cerita dan 30 buah lagu repertoire. Ceritanya disampaikan melalui dialog, nyanyian, tarian dan diiringi vokal dan instrumentasi. Persembahan Mak Yung mempunyai watak-wataknya tersendiri seperti Pakyung dan Pakyung Muda (watak Utama), Makyung dan Puteri Makyung (Raja Perempuan), Peran Tua dan Peran Muda (Pengasuh) dan Tok Wali (ahli nujum dan tukang). Pada Abad ke 20, peranan utama teater Makyung ini dipegang oleh wanita.

Makyung mempunyai lagu-lagunya yang tersendiri seperti menghadap rebab, lagu menghadap rebab ini merupakan lagu terpanjang, mengiringi nyanyian dan tarian Pak Yung. Ianya symbol penghormatan terhadap rebab. Lagu ini menunjukkan semangat Makyung. Lagu Kijang Mas pula dimainkan selepas lagu Menghadap Rebab,ianya dinyanyikan oleh kumpulan Korus dalam keadaan gembira. Lagu ini dinyanyikan Pakyung dan Makyung untuk menceritakan sesuatu pada korus. Lagu ketiga pula ialah lagu Sindung, lagu ini dinyanyikan Pakyung apabila ingin memberikan arahan kepada peran.

Persembahan Makyung mempunyai modenya yang tersendiri seperti lagu menghadapa Rebab, dimana semua pelakon member hormat kepada alat muzik rebab. Lagu Ela menyampaikan cerita dan berita. Mengulit Raja nak Tidur,membangkitkan perasaan halus. Jembar atau mengambuk pula membangkitkan perasaan sedih. Timang welu atau Kijang Emas digunakan untuk pergerakan ketika berjalan. Sedayung Pakyung ialah lagu untuk kuasa luar biasa yang bersifat sakti (mengubah atau menjelma rupa). Sang atau penyudah digunak untuk menyudahi sesuatu persembahan.





Gambar 1 : Persembahan Makyung

Alat muzik didalam persembahan makyung ialah sepasang gendang, tetawak (gong) dan sebuah rebab 3 tali. Tambahan alat-alat lain pula ialah serunai, geduk dan canai. Rebab digunakan untuk memainkan melodi utama ia dikelaskan dalam kategori kordofon, berbadan kayu berbentuk segitiga. Muka badan menggunakan kulit perut lembu. Bonggol kecil dipanggil SUSU dan diperbuat daripada lilin lebah berfungsi untuk meredam bunyi.







Gambar 2 : Rebab

Bentuk dan struktur lagu-lagu makyung ditentukan dalam sistem gongan (pusingan iaitu jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic gong). Ianya dikawal oleh tetawak. Gendang menggunakan 4 timbre iaitu pak,duh, cak dan ting. Ianya menggunakan gaya meningkah (interlocking) dan hamper kesemua lagu makyung bertempo agak perlahan.

Video 1 : Makyung

KOMPANG













Gambar 3 : Kompang

Seterusnya encik amran memainkan video berkenaan dengan kompang. Ada tiga video berkenaan dengan kompang ditayangkan. Yang pertama kompang formasi, kompang zikir dan kompang hadrah.

Kompang berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat (Timur Tengah),dikenali juga sebagai Dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Di Indonesia ianya dipaggil terbang atau rebana. Dibawa oleh pedagang Arab pada kurun ke 13 Masihi. Ianya dikelaskan didalam kelas membranofon. Ianya berfungsi untuk meraikan perkahwinan, majlis keraian islam, Maulidulrasul dan berkhatan. Kompang juga berfungsi untuk menyambut ketibaan pemimpin dan acara rasmi.

Terdapat dua pendapat mengenai sejarah kompang ini, yang pertama ialah bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di Negara Arab. Pendapat kedua pula ialah lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab. Contohnya Selawat Memuji Rasulullah SAW.

Kompang mempunyai adab permainannya yang tersendiri. Didalam permainan kompang pemakaian amat dititik beratkan, kompang tidak boleh dilentangkan,tidak boleh melambung kompang dan tidak boleh meletakkan arah muka kulit kompang ke lantai.

Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah Kompang Hadrah dari negeri Perak, Kompang Johor/Jawa, kompang Ezhar dari Negeri Sembilan dan Kompang Kelalang dari negeri Melaka.

Kemudian encik amran mengajar pula kami bermain kompang. Kompang mempunyai dua bunyi iaitu bunyi pak dan bunyi bum. Bunyi pak dihasilkan apabila kita memukul dibahagian tengah kompang dan bunyi bung dihasilkan apabila kita memukul bahagian tepi kompang. Terdapat tiga kumpulan diperlukan untuk mengahsilkan paluan yang harmoni. Tiga kumpualn tersebut ialah Kumpulan Melalu yang memainkan rentak asas. Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan daripada rentak melalu dan kumpuan meningkah yang menjadi penghias rentak diantara kumpulan melalu dan kumpulan menyilang. Setiap persembahan kompang terdiri daripada tiga bahagian kumpualn iaitu pukulan ‘Mula’ untuk memulakan sesebuah lagu. Pukulan lagu dan pukulan ‘mati’ untuk mengakhiri lagu.









Gambar 4 : Kompang digunakan didalam majlis perkahwinan

Kompang perlu sentiasa dijaga untuk memastikan ianya sentiasa berada didalam keadaan yang baik. Sebelum dimainkan kompang perlu ditegangkan dengan sedak, kompang yang basah harus dijemur ditengah panas sehingga kering supaya ianya tahan lebih lama. Kompang perlulah disin dengan cara muka kompang menghadap muka kompang yang lain dan bukannay bahagaian baluh yang menghadap muka. Kompang boleh ditala untuk mendapatkan ton yang baik. Sedak yang diperbuat daripada wayar ataupun rotan ditolak kedalam diantara baluh dan belulang kompang.


Video 2 : Permainan Kompang

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 HAFZAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template